Gadis Lubnan masak nasi lemak, muzik background pula curi tumpuan

Gadis Lubnan masak nasi lemak, muzik background pula curi tumpuan

Nasi lemak adalah salah satu menu cukup popular dan sinonim dengan Malaysia. Nasi dimasak bersama santan, dihidangkan pula dengan ikan bilis goreng, sambal, telur rebus dan timun. Menjamunya boleh buat kenyang seharian!

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman yang memaparkan seorang gadis menunjukkan dirinya sedang masak nasi lemak. Apa yang menariknya adalah individu tersebut bukanlah berasal dari Malaysia mahu pun Indonesia, tapi dia adalah gadis Lubnan.

Wow, memang unik nampaknya! Gadis ini juga cukup terkenal di TikTok dengan video-video masakannya yang unik. Berikut adalah perkongsian rakaman gadis Lubnan masak nasi lemak yang telah dimuat naik menerusi akaun dengan nama abir.sag:

 

@abir.sag

Reply to @warden_asrama malaysian nasi lemak 🇲🇾 #abirzkitchen #malaysia #fyp

♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

Siap ada bendera Malaysia lagi! Apa-apa pun perkongsian rakaman gadis Lubnan masak nasi lemak ini telah meraih lebih 3.5 juta dan 442 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Banyak2 lagu Malaysia, lagu merdeka jugak yang dia pilih”

Gadis Lubnan Masak Nasi Lemak 3

“Love your video. Nasi lemak is awesome. Salam from Malaysia”

Gadis Lubnan Masak Nasi Lemak 4

“Berani betul dia masak sambal pakai baju putih”

Gadis Lubnan Masak Nasi Lemak 2