Gadis kongsi tindakan licik bapa belikan hadiah ‘anniversary’ untuk ibunya buat ramai cair

Gadis kongsi tindakan licik bapa belikan hadiah ‘anniversary’ untuk ibunya buat ramai cair

Sesetengah pasangan yang telah lama bersama mungkin rasa janggal untuk melakukan sesuatu yang romantik untuk suami dan isteri mereka kerana hubungan tidak lagi hangat seperti baru-baru bercinta dahulu.

Pasangan yang telah berusia mempunyai cara yang lebih halus dalam menunjukkan bahawa mereka saling menyayangi. Antaranya isteri yang sanggup melayan kerenah suami yang bermacam-macam dan suami yang sedia menurut apa sahaja yang dileteri isteri.

Jadi apabila suami atau isteri tiba-tiba melakukan sesuatu yang romantik atau sweet, tentu pasangan berasa malu dan janggal, seperti yang dapat dilihat dalam perkongsian oleh seorang gadis ini.

Pada hari anniversary perkahwinan ibu bapanya, mereka sekeluarga berkunjung ke butik Louis Vuitton yang mana ibunya dilihat sedang mencari beg tangan. Sebaik menemui beg yang disukainya, wanita itu membelek-belek aksesori tersebut sambil berfikir sama ada dia patut beli beg mewah itu.

Namun apa yang wanita itu tidak sedar adalah suaminya telah pun mengisyaratkan pekerja butik untuk membungkus beg yang sama di kaunter untuk dibawa pulang buat hadiah anniversary isterinya.

Apabila isterinya berubah fikiran dan ingin keluar dari butik tersebut tanpa membeli beg berkenaan, seorang pekerja menyerahkan beg kesukaannya kepada wanita itu, membuatkan dia terkedu dan hanya mampu tersenyum sambil memandang suaminya dengan pandangan tidak percaya.

Adegan romantik tersebut membuat ramai cair dan meluahkan keinginan memiliki hubungan seperti itu pada hari tua mereka.

“Bila pasangan kau beri perhatian…”

“Kita semua berhak mempunyai pasangan yang mengenali kita…”

“Bersinar mata dia…”