Gadis ditegur budak kecil semasa bergambar, “Kecik dah savage…”
Jika dibandingkan antara lelaki dan perempuan, biasanya kaum perempuan yang lebih suka bergambar setiap kali keluar ke mana-mana. Begitulah situasi yang dikongsikan gadis ini yang cuba bergambar bersama seorang lagi gadis yang lain.
Namun siapa sangka, gelagatnya yang mahu bergambar itu turut diperhatikan seorang kanak-kanak yang kemudian dengan selamba menyindirnya. Malah sindiran dari kanak-kanak itu turut sama membuatkan rata-rata netizen berdekah mendengarnya.
@ainfatihz90 even a little boy can break your heart too 🥲
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan dua orang gadis sedang bersedia mahu mengambil gambar bersama-sama. Kedua-duanya juga turut tersenyum pada kamera sambil melakukan gaya mereka.
Tetapi mereka kemudiannya ditegur oleh seorang kanak-kanak yang nampaknya tidak senang melihat mereka bergambar. Kanak-kanak itu dengan selambanya menegur sama ada perlukah mereka bergambar sekiranya mereka sudah mahu pulang pada waktu itu.
Mendengarkan sindiran dari kanak-kanak itu, kedua-dua gadis tersebut terus terdiam sambil membalas semula pertanyaannya itu. Namun mereka akhirnya berputus asa dan berlalu pergi apabila kanak-kanak itu tidak henti-henti bertanyakan soalan yang sama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat aksi selamba kanak-kanak itu. Ada juga yang berseloroh kanak-kanak zaman sekarang sememangnya lebih berani daripada biasa dan ada juga yang pernah menerima nasib yang sama.
“Kecik-kecik dah savage.”
“Takyah tangkap gambar terus balik je!”
“Sebenarnya budak tu dari awal nak cakap…”
“Fuh dia halau secara halus.”