Gadis cuba kejutkan kucing tengah tidur, cuak kucing tak bangun-bangun

Gadis cuba kejutkan kucing tengah tidur, cuak kucing tak bangun-bangun

Pemilik kucing sering merungut mengapa kucing mereka hanya pandai makan dan tidur sahaja. Sebenarnya haiwan pemangsa yang tidak mempunyai banyak saingan atau musuh semula jadi mampu tidur dalam jangka masa yang lama.

Keperluan untuk tidur juga meningkat mengikut jumlah tenaga yang diperlukan, dan kita tahu bahawa kucing adalah haiwan yang aktif, terutamanya anak kucing.

Sebuah video yang telah meraih lebih dari 35 juta tontonan di TikTok ini contohnya menunjukkan seorang gadis cuba untuk mengejutkan anak kucingnya yang sedang tidur.

Video oleh pengguna Jollymai itu dirakam sebagai prank, namun dia sendiri yang akhirnya di prank apabila dia mengangkat anak kucingnya itu untuk mengejutkannya dari tidur lena.

@jollymaii

My heart stopped for ages …

♬ original sound – Jollymai

Setelah cuba menggoyang-goyangkan badan kucing itu, haiwan yang sedang tidur itu tetap tidak membuka mata.

Gadis berkenaan mula resah dan cuba menggoyang-goyangkan kucing itu dengan lebih kuat, namun kucing itu tetap lembik di dalam tangannya dan tidak bergerak-gerak.

Dia akhirnya cuba memeriksa jika kucing itu bernafas, sehinggalah haiwan itu akhirnya menunjukkan pergerakkan membuatkan gadis itu menarik nafas lega.

Perkongsian video itu membuat ramai terhibur kerana rupa kucing itu yang lembik membuat ramai percaya dia benar-benar telah mati.