Foto suntingan pelakon lelaki Malaysia, “Kena sengat tebuan ke ni”
Bakat lakonan seseorang itu bukanlah hanya diukur dengan penampilan fizikal yang menarik sahaja. Namun bagaikan satu bonus jika seseorang selebriti itu memiliki satu pakej lengkap. Tampil dengan fizikal menarik dan bakat lakonan yang padu, memang ramailah peminat mereka ini.
Sebut sahaja pelakon lelaki di Malaysia ini ramai juga yang sudah mencipta nama mereka dalam dunia hiburan tanah air. Antaranya Fattah Amin, Aaron Aziz, Zizan Razak dan ramai lagi.
Biarpun begitu, baru-baru ini satu perkongsian di Instagram pelakon bernama Fendy Bakry telah membuatkan ramai terhibur. Perkongsian tersebut adalah foto suntingan pelakon lelaki Malaysia yang menjadi cukup berbeza dari asalnya. Berikut adalah perkongsian tersebut:
Alahai… dah macam mana pula ini? Berikut adalah setiap satu foto yang dikongsikan di Instagram tersebut:
Masing-masing! Siapalah yang punya kerja agaknya ini. Tak pasal-pasal mereka ini nampak macam kena ‘pam angin’ dah! Perkongsian foto suntingan pelakon lelaki Malaysia ini telah meraih lebih 6 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Kena sengat tebuan ke semalam ni. Tiber jer”
“Cari pasal sungguh laa”
“Yang last rabak ketawa”
Apa-apa pun ini hanyalah gurauan semata-mata. Jangan pula ada yang ambil hati ya!