Foto anak Eyra Hazali dihujani komen usikan, “Pose Goalkeeper mcm bapak dia”

Foto anak Eyra Hazali dihujani komen usikan, “Pose Goalkeeper mcm bapak dia”

Eyra Hazali, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Dikenali sebagai seorang pelakon dari usia kanak-kanak lagi, kini Eyra Hazali sudah pun mendirikan rumahtangga dan dianugerahkan seorang anak lelaki yang cukup comel.

Umum sedia tahu Eyra Hazali berkahwin dengan seorang pemain bola sepak bernama Muhammad Haziq Nazli. Anak mereka pula diberi nama Hayder Qhalish yang berusia hampir 2 tahun.

Baru-baru ini perkongsian foto anak Eyra Hazali di Twitter milik pelakon tersebut telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian itu kelihatan Hayder Qhalish dan Eyra Hazali mengenakan pakaian berwarna hitam bersempena Hari Raya Aidiladha.

Pelbagai aksi comel anak Eyra Hazali ini telah membuatkan ramai geram. Berikut adalah beberapa perkongsian foto yang dimuat naik oleh pelakon ini:

E6uRIS_VIAAagS–tileE6uRITAVoAYGnYn-tileE6uRITAVkAA90cJ-tileE6uRIS8VgAEF1TR-tile

Alahai comel betul! Ini pula adalah perkongsian penuh di Twitter milik Eyra Hazali:

 

Perkongsian foto anak Eyra Hazali ini telah meraih lebih 4,000 retweets serta 27 ribu likes. Di ruangan komen rata-rata warganet meluahkan rasa geram melihat keletah anak kecil ini. Malah ada juga yang mengusik gaya bergambar Hayder ini.

“Pose goalkeeper macam bapak dia”

Foto Anak Eyra Hazali 3

“Gambar ketiga tu macam tunggu bola nak bawa ke gol je, haha”

Foto Anak Eyra Hazali 2

“Eee geramnya so comel”

Foto Anak Eyra Hazali 1

 

COMMENTS