Flight delay 8 jam, ramai sokong lelaki ini amuk dengan syarikat penerbangan ” kita lewat seminit korang tutup gate”
Sejak semalam, tular di media sosial satu video seorang lelaki mengamuk di hadapan kaunter penerbangan kerana menunggu terlalu lama pesawat yang sepatutnya dinaiki olehnya serta penumpang yang lain.
8 jam kena sidai
Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @opmchimmy, dia mengatakan sepatutnya pesawat yang membawa mereka berlepas pada jam 2335 (11.35 malam) 22 Disember 2022 namun ditunda sehingga jam 0740 (7.40 pagi) 23 Disember 2022, tanpa sebarang pengumuman.
Dalam video itu, jelas terdengar seorang lelaki di kaunter menggesa agar pihak pengurusan bertangugnjawab kepada para penumpang yang keletihan lebih-lebih lagi ada warga emas yang tidak berapa sihat.
@opmchimmy Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair
Selepas didesak, pihak pengurusan memberi jawapan bahawa hotel mereka penuh dan tidak dapat berbuat apa-apa.
Penjelasan tersebut membuatkan para penumpang semakin naik angin kerana mereka membiarkan penumpang menunggu selama 8 jam tanpa sebarang pengumuman.
Tiada sebarang pengumuman
Susulan daripada itu, penumpang yang menengking staf yang bertugas di kaunter tersebut telah tampil menjelaskan keadaan ketika itu yang mana ia berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Firdaus Jailan mengatakan yang dia sepatutnya menaiki pesawat jam 11.35 malam untuk ke Kuching, Sarawak namun penerbangan telah ditunda dan tiada sebarang pengumuman sehingga mereka perlu menanti terlalu lama.
YB @anthonyloke please do somethinglah to Malaysia punya airline operator. @malindoair tak ada hati perut ker nak maklum kan kepada pelanggan hantar blanket atau neck pillow at least. Delayed dari jam 11 ke 6 pagi dalam airport sejuk macam ni? Tolonglah elok sikit. pic.twitter.com/uRv1i8bgWG
— Mohd Firdaus Jailan (@firdausjailan) December 22, 2022
“Flight sepatutnya pukul 11.30 malam tapi apabila aku sampai, kakitangan syarikat penerbangan cakap delay ke pukul 2.30 pagi sebab keadaan cuaca.
“Apabila dia cakap macam tu, aku tanya lagi adakah akan ada delay lagi atau memang betul berlepas pukul 2.30 pagi. Dia cakap tak akan ada delay dah
“Sekarang tengok dekat skrin jadual penerbangan ni, tertulis flight kami pukul 6.35 pagi esok, tak ada cakap delay apa pun,” jelas Firdaus menerusi ciapan pada pukul 3.56 pagi Jumaat.
“Seorang staf pun tak nampak muka. Makluman apa pun tak ada. Padahal awal-awal aku dah tanya, kalau delay lama lagi, aku nak check-in.
“Aku nak duduk luar, cari hotel dan tidur. Kau bayang daripada pukul 11 malam sampai ke pukul 6 pagi nak duduk je dekat airport satu hari tak tidur.
“Tak ada seorang pun staf syarikat penerbangan yang datang untuk tanya khabar kami atau berikan apa-apa maklumat. Kami memang left in the dark,” terang Firdaus tentang keadaan mereka pada ketika itu.
Bukan tengking staf biasa ye
Dalam posting di TikTok juga, Firdaus turut mengatakan yang tiada sebarang pengumuman dibuat dan tindakannya menengking staf tersebut bersebab serta menyatakan petugas berkenaan adalah manager dari bahagian pengurusan.
@tukangfikir Replying to @ayeh Dahlah. Benda pun dah jadi, tinggal tindakan kita sahaja sebagai pengguna. TQ SEMUA. Bye. #tukangfikir #malindoair #malindoaircabincrew #flightdelayed
♬ original sound – TF – Business Strategist – TF – Business Strategist
@tukangfikir Replying to @TF – Business Strategist malindo air mesti bertanggungjawab. Membiarkan oelanggan dalam keadaan tidak tahu apa-apa adalah salah dan biadap. #tukangfikir #malindoair #malindoaircabincrew #malindoairlines
♬ original sound – TF – Business Strategist – TF – Business Strategist
@tukangfikir Replying to @Masrianti.yan swmoga menjawab soalan. #tukangfikir
♬ original sound – TF – Business Strategist – TF – Business Strategist
Dua jam pun dah menggelupur apa lagi 8 jam
Susulan daripada itu, ramai yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh lelaki terbabit kerana pernah mengalami masalah yang sama.
Mereka juga merasakan apa yang dilakukan dengan menunda waktu penerbangan tanpa memberitahu dan terlalu lama sangat keterlaluan memandangkan ia telah menyusahkan penumpang yang tidak membuat persediaan berhubung kejadian seperti itu.
Patutnya pihak penerbangan kena bayarkan hotel
Kalau penumpang lambat seminit gate tutup
Diaorang lambat takpe
Walau bagaimanapun, setakat hari ini belum ada sebarang penjelasan daripada pihak pengurusan syarikat penerbangan terbabit berhubung kejadian tersebut.
Sumber: TikTok @opmchimmy, @tukangfikir, Twitter Firdaus Jailan