Fizz Fairus muatnaik foto lama Almy Nadia, seakan bagi ‘hint’, raih perhatian wargamaya!

Fizz Fairus muatnaik foto lama Almy Nadia, seakan bagi ‘hint’, raih perhatian wargamaya!

Sebut saja keluarga bahagia, sudah jelas terbayang dalam kotak pemikiran kita bahawa kehidupan satu keluarga yang disulami dengan sifat kasih sayang yang amat tinggi.

Tambah manis pula, gurau senda  ada dalam hubungan suami isteri. Sudah tentu ia menjadi ikatan cinta yang terbina bertambah kukuh.

Setiap pasangan mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan pasangannya. Bagi pelakon terkenal, Datuk Fizz Fairuz sikapnya yang suka menyakat, isterinya Datin Almy Nadia sering mendapat perhatian warganet.

Muat naik terkini pelakon terkenal, Fizz Fairuz, telah meraih perhatian ramai peminat aktor ini di Instagram miliknya.

Fizz Fairuz memuatnaik foto lama isteri tercinta berserta kapsyen dengan nada gurauan.

“Mohon sesiapa kenal atlet ni,mohon inform saya.. sebab ada kejohanan lumba lari dlm guni,utk sukan sea 2024 .. sebab dgr atlet ni,klu berlari mmg tak berhenti langsung hahahahahahahah @almynadiaofficial.” – fizzfairuzofficial

Peminat Terhibur Dengan Gurauan
Melihat foto lama Almy Nadia dengan susuk tubuh yang langsing, ramai peminatnya terhibur dengan gurauan kata-kata Fizz Fairus itu.