“First time teman bini…” kucing loya nak muntah lepas tengok isteri beranak

“First time teman bini…” kucing loya nak muntah lepas tengok isteri beranak

Biasanya manusia je yang selalu ‘mabuk darah’ atau berasa loya apabila melihat darah yang banyak. Tetapi siapa sangka kucing juga boleh mengalami perasaan yang sama dengan manusia.

Baru-baru ini, video seekor kucing yang kelihatan loya dan seakan-akan mahu muntah tular dikongsikan di Tik Tok. Sehinggakan video itu menerima lebih dua juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut sama tercuit hati melihatnya.

@alicehanan

พ่อจะอ้วกใส่เมียแบบนี้ไม่ได้นะ. นี้เมียกำลังเบ่งลูกของพ่ออยู่น๊า 😂🥸 (วีดีโอเก่าถูกปิด #ป๋มชื่อกาลอฮับ #แมวหน้าบึ้ง #ทาสแมวน่ารัก

♬ original sound – Penmaemaew – Penmaemaew

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan kucing berwarna hitam dan putih itu berada di sebelah bakul yang menempatkan anak-anak kucing yang baru lahir. Biasanya memang selepas melahirkan, anak-anak kucing akan penuh dengan darah.

Mungkin loya melihat darah yang begitu banyak di situ, kucing tersebut kemudian kelihatan tersedu sedan seolah-olah mahu muntah. Sehinggakan kucing itu beberapa kali terjelir lidahnya gara-gara cuba untuk muntah.

loya

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut apabila melihat kucing juga boleh mengalami loya sama seperti manusia ketika melihat darah yang banyak. Ada juga yang berseloroh gayanya saling tidak ubah seperti suami yang menemani isteri bersalin untuk kali pertama.