First day sekolah dah buat hal, ” HAAA helmet tersekat di kepala?”

Sebuah video yang tular baru-baru ini menunjukkan bagaimana seorang pelajar menjadi panik apabila topi keledar yang dipakainya tersekat dan tidak boleh ditanggalkan dari kepala.

Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi topi keledar bukan boleh dipakai sembarangan kerana ia dipilih mengikut saiz kepala pemakai agar topi benar-benar muat dan dapat melindungi kepala.

Oleh itu memakai topi keledar yang terlalu longgar atau terlalu ketat adalah menyalahi undang-undang dan boleh membahayakan keselamatan.

Walaupun secara umumnya saiz topi keledar tidak banyak beza dan boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pemakai, kadang kala pemakai tidak sedar bahawa topi keledar yang mereka pinjam terlalu kecil untuk kepala sendiri, terutamanya bagi wanita yang bertudung.

Itulah juga yang berlaku kepada seorang gadis ini apabila dia bertungkus lumus untuk menanggalkan topi keledar yang dipakainya pada hari pertama persekolahan.

Adegan lucu itu dirakam oleh abangnya yang geli hati melihat gelagat pelajar sekolah menengah itu menggoyangkan kepalanya dan cuba menarik kepalanya yang tersekat keluar dari topi keledar berkenaan.

Pelajar itu juga berkali kali meminta abangnya untuk tolong tetapi hanya diketawakan oleh lelaki tersebut membuat netizen turut sama geli hati.