“Filem itu lebih penting daripada saya” Kazar jawab tidak hadir Malam Gala Abang Long Fadil 3

“Filem itu lebih penting daripada saya” Kazar jawab tidak hadir Malam Gala Abang Long Fadil 3

Malam Gala Filem Abang Long Fadil 3 terbitan Skop Productions telah berlangsung semalam. Ketiadaan pelakon, Kazar Saisi semalam telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Filem lebih penting daripada saya

Menurut Kazar, filem tersebut lebih penting daripada dirinya. Dia berharap rakan media boleh tumpukan perhatian terhadap filem berkenaan. Disoal sama ada dia mendapat jemputan ataupun tidak, Kazar memberitahu dia dijemput oleh pihak Astro Shaw.

Saya tak hadir agar media boleh tumpukan pada filem Abang Long Fadil 3. Filem itu lebih penting daripada saya.

Sudah jemput semua pelakon

Menerusi laporan Harian Metro, penerbit filem, Datuk Yusof Haslam berkata pihaknya bersama rakan kerjasama untuk filem itu, Astro Shaw sudah menjemput semua pelakon yang terbabit.

Saya cakap terus terang, saya profesional, kita jemput. Saya cakap saya profesional, begitu juga isteri saya cakap perkara sama. Astro ada buat jemputan, begitu juga pihak Skop Productions. Kita tak pernah kata kita takkan jemput, saya takkan cakap macam itu.

Tambah Yusof, apa yang berlaku adalah membabitkan hal peribadi.

Saya kalau jumpa Kazar tak ada bermasam muka. Bagi saya itu hal anak dia. Datuk Rosyam ada cakap saya kena jumpa dia, saya tanya kenapa nak kena jumpa. Tak ada pasal, itu hal peribadi.

Terdahulu, anak kepada Kazar iaitu Ira dilaporkan akan ditahan oleh Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Tindakan itu dibuat selepas Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu.

Sumber: Harian Metro