Fify Azmi lapor polis, PA tipu RM15,000

Fify Azmi lapor polis, PA tipu RM15,000

 

 

Pelakon meningkat naik, Fify Azmi menzahirkan rasa kecewa selepas mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa penipuan pembantu peribadinya sendiri.

Menurut Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, dia sendiri tidak menyangka pembantu peribadinya itu akan bertindak sedemikian walaupun telah dilayan dengan baik selama ini.

“Kak Nora, saya sangat kecewa dengan awak. Saya tak sangka dia boleh buat saya macam ni. Selama ini saya layan awak dengan baik. Gaji dan segala yang dia perlukan saya bagi.

“Kerja dengan saya sangat mudah. Saya bukan diva yang akan suruh buat itu ini atau ambil itu ini. Tapi dia sendiri kena tahu tanggungjawab seorang PA.

“Awak kata awak dah berpuluh tahun kerja dalam industri tapi bila buat perangai macam ni, memang tak masuk akal. Saya sangat kecewa,” katanya.

Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Wira itu menerusi sesi siaran langsung yang dikongsikan di laman Instagram.

Dedah Fify lagi, selain membuat perjanjian tanpa pengetahuan dirinya, pembantunya itu juga telah mengambil duit tiga kali duit bayarannya.

“Saya nak hubungi awak pun, awak buat saya macam budak-budak. Awak ingat saya bodoh. Saya berlembut selama ni tak bermakna awak pijak kepala saya.

“Cara awak memang salah. Sampai hati kerja belakang-belakang ni. Awak deal senyap-senyap. Awak tak boleh buat macam ni. Memang salah. Bukan dalam kontrak pun.

“Kalau setakat RM5,000 saya boleh tutup mata tapi awak dan ambil bayaran saya 3 kali. Bukti semua ada. Bank statements pun ada. Memang kantoi busuk. Memang masuk dalam akaun awak tapi kenapa cakap duit tu tak dapat?,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bekas peserta Dewi Remaja 2014/15 ini juga mendedahkan dirinya juga telah membuat laporan polis mengenai perkara ini.

“Takpelah mungkin bukan rezeki saya. Apapun, sesiapa sahaja yang pernah kerja dengan Kak Nora ni, hati-hatilah. Saya halalkan makan minum awak tapi jangan buat macam ni lah dengan orang lain.

“Saya dah buat laporan polis. Saya akan berjumpa dengn inspektor polis di Bukit Aman. Saya tak nak tahu dah kalau duit saya hilang tapi tolong jangan buat macam ni lagi.