Rambut afro pemuda disangka sarang, burung selamba ‘parking’ atas kepala jadi perhatian

Rambut afro pemuda disangka sarang, burung selamba ‘parking’ atas kepala jadi perhatian

Umum sedia maklum, burung akan membuat sarang di merata tempat termasuklah di celahan bahagian rumah, pokok, serta tempat yang tersembunyi untuk melindungi dirinya.

Namun begitu, berbeza pula pada kali ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @bulan di laman TikToknya, dia merakam aksi burung yang menghingap di atas kepala seorang pemuda telah mencuri perhatian ramai.

 

@killivgs

#fyp

ā™¬ El Gato – MIMIIšŸ§·

Tak takut dia berak ke bang?

Dalam video tersebut, pemuda tersebut kelihatan reda apabila burung itu duduk dengan selesa di atas rambutnya yang kerinting itu tanpa berasa takut burung kecil itu ā€˜berakā€™ di atas kepalanya.

Malah, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur apabila melihat gelagat burung itu yang seakan jinak dan mereka turut berseloroh dimana menyifatkan rambut pemuda itu adalah seperti sarang burung.

Ingatkan dalam kartun je

Bukan itu sahaja, netizen turut meluahkan rasa keterujaan mereka apabila melihat gelagat comel haiwan itu dan sempat bergurau burung tersebut hingap pada sarang yang salah.

Malah, ramai yang tidak menyangka kejadian sebegitu terjadi di dalam kehidupan sebenar kerana ia hanya sering berlaku di dalam cerita kartun sahaja.

Sumber: TikTokĀ @bulan