Fazura puji inai Che Ta “terima kasih jual murah untuk semua saudara kita”

Fazura puji inai Che Ta “terima kasih jual murah untuk semua saudara kita”
Pelakon Fazura menyambut baik tindakan Rozita Che Wan yang menjual inai dengan harga mampu milik.
Menerusi ruangan komen di akaun Instagram Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, Fazura turut menyatakan rasa terima kasihnya.
“Baru nak buka… Terima kasih Che Ta ingat pada saya dan terima kasih jual murah untuk semua saudara kita,” tulisnya.
Komen Fazura itu juga mendapat perhatian netizen dan menerima lebih 1000 tanda suka.
Rata-ratanya bersetuju dengan coretan aktres cantik itu dan tidak kurang juga ada yang mengucapkan berterima kasih kembali kepada Fazura kerana menjual tudungnya dengan harga mampu milik.
Selain Che Ta, Fazura juga merupakan seorang usahawan dan mempunyai perniagaan tudung yang mendapat sambutan hangat.