Fara ugut mahu terjun bangunan, rumah tangga Shuk Sahar kembali bermasalah?

Fara ugut mahu terjun bangunan, rumah tangga Shuk Sahar kembali bermasalah?

Selepas beberapa bulan ‘menyepi’, kisah rumah tangga rumah tangga selebriti Shuk Sahar dan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah kembali menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Memetik sebuah laporan forum sembang, Rossalennah atau mesra dipanggil Sera mendedahkan dirinya masih diganggu oleh seorang individu dipercayai bekas kekasih suaminya iaitu Fara Salleh.

Menerusi laman Instagram, Sera memuat naik tangkap layar perbualan dengan individu tersebut yang mengugut seolah-olah mahu terjun dari sebuah bangunan kediaman.

Difahamkan, individu itu bertindak sedemikian seperti memberi bayangan bahawa Shuk sudah tidak mengambil kisah mengenai kehidupan dan perasaannya yang kesepian.

“Aku duduk sorang ni.. even kau tak amik tau pasal aku”

 

Gambar pisau yang dihantar

Selain itu, terdapat juga kenyataan Sera yang bercakap soal bermadu dimana individu tersebut perlu menerima keluarga selebriti terbabit terlebih dahulu sekiranya mahu berkahwin.

“Kalau nak bermadu kena terima keluarga saya dan anak-anak saya. Bukan hancurkan keluarga saya. Tolong berubah. Bukan ugut sana sini,” tulis Sera.

Bagaimanapun apabila meninjau ke posting berkenaan, semua pendedahan yang dikongsi Sera itu dipercayai sudah dipadam daripada Instagram miliknya.

Sumber: Cari forum