“Eyyy gelinya, tak tukar ‘Face Mask’ sampai 5 hari”, tengok ni ape akan jadi

“Eyyy gelinya, tak tukar ‘Face Mask’ sampai 5 hari”, tengok ni ape akan jadi

Pelitup muka berfungsi untuk mengekang penularan wabak terutamanya di fasa pandemik COVID-19 yang kini sedang melanda dunia.

Memakai pelitup muka merupakan norma baharu yang sudah sebati dalam keseharian kita setelah lebih dua tahun tempoh pandemik.

Air liur dan hingus yang berkemungkinan terkena pada orang lain apabila batuk, bersin dan bercakap boleh menyebabkan virus tersebar. Pemakaian pelitup muka dapat mengurangkan risiko tersebut.

Kebanyakan daripada kita menggunakan pelitup muka pakai buang kerana lebih mudah. Pelitup muka pakai buang hanya boleh dipakai sekali sahaja dan tidak boleh dibasuh dan dipakai semula.

Mungkin ada yang merasa ia adalah satu pembaziran jika pelitup muka dibuang dan wajar digunakan beberapa kali. Selepas anda tengok video ni, mesti anda berubah fikiran.

Video yang diunggah oleh pemilik akaun TikTok dengan nama @siyue165 ini menunjukkan keadaan sebenar pelitup muka di bawah mikroskop. Video ini mendapat 1.6 juta tontonan dan 74 ribu sukaan setakat ini.

@siyue165

♬ Bongo cha-cha-cha – Remastered – Caterina Valente