‘Extend’ rumah flat sesuka hati, netizen gelar ‘B40 kayangan’. PBT pejam mata ke?

‘Extend’ rumah flat sesuka hati, netizen gelar ‘B40 kayangan’. PBT pejam mata ke?

 

 

Perkongsian seorang individu di Group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini telah mengundang perdebatan netizen apabila dia berkongsikan situasi dan keadaan sebuah rumah jenis flat yang telah di-‘extend’ menjadi lebih besar dari keluasan asal.

Dalam hantaran itu, lelaki itu mendakwa kediaman berkenaan terletak di Flat Taman Dato Harun, Petaling Jaya.

Advertisement
extend rumah flat haramSumber : Facebook  

Menurutnya lagi, mungkin keadaan rumah seperti itu pernah dilihat pada kediaman yang berada di tingkat bawah namun ada juga pemilik yang berada di tingkat atas bertindak untuk ‘menyambung’ rumah masing-masing.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendakwa pihak berkuasa tempatan seolah-olah ‘tutup mata’ dan membiarkan saja kerana pemilik rumah kadang-kadang berdegil meskipun disaman dan sebagainya.

Selain itu, kata netizen lagi, bukan sahaja isu penyambungan rumah, malah isu lain seperti tapak parkir yang ‘dikawal’ oleh penduduk meskipun ia hak milik bebas juga masih berleluasa terutama buat mereka yang tinggal di kediaman jenis flat murah seperti itu.

FacebookSumber : Facebook  

“Macam mana projek ini boleh lulus? Rasanya haram kan buat projek renovation macam ni?”