Ex gratia RM1,5 juta dibayar kepada keluarga arwah Adib

Ex gratia RM1,5 juta dibayar kepada keluarga arwah Adib

Kuala Lumpur: Kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim kini sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa khas siasatan sudah membentangkan laporan interim pada 15 Mac lalu.

“(Selain itu) Kerajaan akan membayar exgratia berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga arwah Adib.

“Ini bukti kesungguhan Umno dalam membela nasib rakyat,” katanya ketika ucapan penggulungan Naib Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak akan menyembunyikan apa-apa berhubung siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).

“Siasatan sudah bermula sejak Januari dan saya percaya siasatan ini dapat diselesaikan penghujung Julai ini,” katanya