Ernie & Syamel kantoi bermesra dekat Set, “HAAA kantoi dating…”

Seperti yang kita tahu baru-baru ini, pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel selamat disatukan pada 26 Mac yang lalu. Majlis persandingan mereka juga menjadi perhatian ramai dengan kehadiran selebriti ternama yang turut hadir memeriahkan majlis. Bukan itu saja, gelagat romantis kedua-dua mereka turut membuatkan para peminat tumpang bahagia dibuatnya.

Setelah beberapa minggu bergelar suami dan isteri, gelagat Ernie dan Syamel masih lagi menjadi tumpuan ramai terutamanya netizen. Baru-baru ini pula, video di sebalik tabir di sebuah set penggambaran yang melibatkan kedua-dua penyanyi ini tular dikongsikan di Tik Tok.

@aidunnoe

Bila kantoi tgh bercinta kat set “be like” 🤍… aku tgk video ni banyak kali, sbb sweet sngt..

♬ Welcome to New York by Taylor Swift – mark

Di dalam video yang dikongsikan ini, Ernie dan Syamel ditangkap sedang berbual mesra di atas sebuah kerusi sambil Ernie tersandar mesra pada suaminya itu. Sebaik saja kantoi ditangkap oleh salah seorang krew, kedua-duanya kalut menghentikan aksi mesra mereka itu dan menidakkan apa yang berlaku. Malah, Ernie juga dilihat malu-malu apabila kantoi sedang duduk berdua-duaan dengan suaminya di situ.

Meninjau di ruangan komen, gelagat pasangan ini turut membuatkan netizen terhibur. Mana tidaknya, reaksi yang diberikan Ernie dan Syamel sama seperti pelajar sekolah yang kantoi sedang berdating walaupun mereka sudah sah bergelar suami isteri. Ada juga netizen yang memuji pasangan ini yang tidak terlalu menunjuk kemesraan mereka di hadapan orang lain. -HCL

COMMENTS