Enggan ‘bertemu’ I5r4eL, Atlet Judo Sudan ikut jejak Algeria tarik diri dari Olimpik Tokyo 2020

Enggan ‘bertemu’ I5r4eL, Atlet Judo Sudan ikut jejak Algeria tarik diri dari Olimpik Tokyo 2020

Atlet Judo Sudan, Mohamed Abdalrasool dilapor turut menarik diri daripada saingan acara tersebut yang dipertandingkan di Olimpik Tokyo selepas dijadualkan bertemu dengan atlet dari Israel, Tohar Butbul.

Ini merupakan insiden kedua selepas atlet Algeria, Fethi Nourine terlebih dahulu menarik diri daripada temasya berkenaan atas alasan yang sama.

Jawatankuasa Olimpik Tokyo berkata, Mohamed tidak muncul di gelanggang untuk berentap dengan Butbul dalam pusingan 32 kategori 73kg biarpun sebelum itu beliau turun untuk sesi timbang berat.

Tiada kenyataan awal yang diberikan oleh pihak yang berkenaan termasuk daripada pihak Sudan.

Sementara itu, Nourine yang lebih awal menarik diri telah dihantar pulang oleh penganjur dan akan dikenakan penggantungan. Beliau sepatutnya bertemu Abdalrasool di pusingan 32 sebelum dijadualkan bertemu Butbul.

Tindakan Nourine ini bukanlah kali pertama. Pada 2019, beliau turut berbuat demikian sebelum dijadualkan bertemu dengan lawan yang sama dari Israel dalam Kejohanan Dunia Judo.

Dalam perkembangan berbeza, kempen Butbul kali ini bagaimanapun berakhir dengan kekecewaan apabila sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-7 biarpun mendapat bye dua kali diperingkat awal.

Sumber: The GuardianFoxnews