Elly Mazlein Umum Hamil, segala teka-teki sudah terjawab

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan figura bernama Elly Mazlein ini. Dia yang juga selebriti serba boleh ini cukup terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Mona dalam drama Kampung People. Sering bersikap bersahaja di kaca TV menjadikan dirinya cukup disenangi ramai.

Setelah beberapa kali berteka-teki, baru-baru ini pengacara, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mengumumkan dirinya hamil. Mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama seorang guru pada awal tahun lalu, sebelum ini Elly Mazlein sudah pun memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu.

 

Menerusi perkongsian tersebut, Elly Mazlein meluahkan rasa syukur akan kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarganya. Selain itu Elly Mazlein turut berterima kasih dan meminta orang ramai untuk mendoakan kehamilannya itu.

Menjelaskan lebih lanjut lagi, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Kepom ini menulis seperti berikut:

“Dan akhir sekali jawapan bg smua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant”

Ini pula adalah perkongsian penuh Elly Mazlein umum hamil di Instagram yang turut disertakan dengan foto-foto ketika majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Januari 2020:

 

Perkongsian Elly Mazlein umum hamil ini telah meraih lebih 13 ribu likes sejak dimuat naik kurang 30 minit yang lalu. Di ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah oleh peminat dan pengikutnya di laman sosial tersebut.