Ellie Suriaty, Azri Iskandar sah bercerai talak satu ‘terima kasih untuk kenangan manis’

Ellie Suriaty, Azri Iskandar sah bercerai talak satu ‘terima kasih untuk kenangan manis’

 

Hanya bertahan 19 tahun perkahwinan antara pengarah dan pelakon, Ellie Suriaty dan bekas suaminya, Azri Iskandar yang juga merupakan seorang aktor.

Ellie sah bercerai dengan Azri di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, pada Selasa.

Memetik laporan Getaran, Ellie, 52, mengakui ini adalah satu keputusan yang sukar namun terpaksa dilakukan kerana mereka sudah tiada lagi persefahaman.

Ini adalah satu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.

Pemenang Anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-26 menerusi filem Penanggal ini telah memfailkan permohonan cerai ke atas Azri sebelum Ramadan yang lalu.

Dalam pada itu, pemilik nama Ellie Suriaty Omar turut mengucapkan terima kasih kepada Azri atas pengorbanan dan kenangan bersama.

Katanya, Azri adalah seorang bapa yang sangat menjaga anak-anak dan dia berharap agar orang ramai mendoakan yang baik untuk mereka berdua.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.

Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.

Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami.

Terdahulu, Ellie dan Azri mendirikan rumah tangga pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.