Elizabeth Tan tak kisah merempit bersama suami, mengaku dua-dua tiada kereta
Umum sedia maklum, penyanyi cantik Elizabeth Tan atau mesra disapa Lizzy sudah mendirikan rumah tangga setahun yang lalu bersama pilihan hatinya, Siew Jim.
Walaupun mereka berdua dikatakan tidak tinggal sebumbung di mana hanya bertemu dua kali seminggu, namun kehidupan pasangan ini sangat romantis dan bahagia dengan cara tersendiri.
Terbaharu, hantaran dikongsikan Lizzy di platform TikTok miliknya menunjukkan keterujaan suaminya mendapat set permainan PS5 baharu telah menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian itu, mereka dilihat selamba pergi ke sebuah pusat membeli-belah dengan menaiki motorsikal walaupun keadaan pada ketika itu hujan.
“Sanggup weh (emoji gelak) dalam perjalanan pulang, hujan lebat pula tu, hahahaha,”tulisnya ringkas.
Menariknya, pemilik nama Tan Su Mei itu dilihat tidak segan silu mengaku mereka berdua tidak mempunyai kereta sendiri.
@elizabethtsm Sanggup weh 🤣 otw balik hujan lebat pulak tu hahahah #fyp
Samalah kita masa awal2 kahwin dulu
Perkongsian itu mendapat pujian peminat kerana penyanyi lagu Semua Sudah itu tidak kisah menaiki motosikal bersama suami ke mana-mana sahaja. Malah, mereka turut mengimbau kenangan masing-masing semasa baru mendirikan rumah tangga.
Parking kat tempat haram
Selain itu, ada juga sempat menegur dan berseloroh dengan mengatakan pasangan itu memakir motosikal di kawasan terlarang.
Ye je takde kereta
Tidak kurang juga ada meluahkan ketidakpercayaan terhadap Lizzy dan suami kerana tidak mempunyai kereta. Namun, ia dibalas oleh Lizzy sendiri dengan mengatakan mereka berdua akan membeli kereta pada hujung tahun ini.
Dan, Lizzy juga memberitahu selama ini dia hanya memandu kereta ibunya sahaja.
Helmet macam mana?
Bukan itu sahaja, Elizabeth Tan juga dilihat sempat membalas komen daripada netizen yang bertanyakan tentang keadaan helmet milik mereka berdua semasa masuk ke dalam pusat membeli-belah kerana risau sekiranya dicuri orang.
Sumber: TikTok @elizabethtsm