Ebit Liew hadiahkan motor untuk minion viral di Teluk Cempedak buat ramai sebak

Ebit Liew hadiahkan motor untuk minion viral di Teluk Cempedak buat ramai sebak

Tentu anda sudah menonton gelagat lucu seorang individu yang memakai maskot Minion di beberapa kawasan apabila orang ramai yang turut terhibur dengan gelagatnya telah merakam lalu tular di beberapa platform media sosial sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, gelagat mencuit hati maskot Minion itu membuatkan tidak kira peringkat usia terhibur.

Meskipun tiada siapa mengetahui identiti maskot Minion tersebut, saban hari ia mendapat sorotan ramai dan mempunyai peminat dek kerana kecomelannya.

 

@nurishak775

Sumpah Comellll 😂😂😂 #minionviralkuantan #miniontelukchempedak #mcd #pru15

♬ original sound – AHMAD MUHAMMAD – AHMAD MUHAMMAD

Namun begitu, terbaharu nampaknya perasaan yang dahulunya terhibur ternyata mengundang sebak orang ramai apabila, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew menemui Minion viral itu untuk memberikannya hadiah. Lebih mencetuskan rasa sebak warganet juga apabila Ustaz Ebit Lew turut berkongsikan kisah adik disebalik maskot Minion itu yang baru berusia 19 tahun.

Ustaz Ebit Lew berkata bahawa adik ini dari Rompin dan bekerja membantu keluarga, dia juga menyewa bilik dengan kawan di Kuantan dan menghiburkan orang ramai bermula jam 5 petang sehingga 12 malam. Dia bekerja jalan kaki, naik bas dan berehat di Teluk Cempedak. Ustaz Ebit Lew juga dilihat sebak dengan kisah adik ini apabila niatnya untuk membantu keluarga.

@ustazebitlew

Hadiahkan Motor Ego Avantiz pada Minion Teluk Cempedak Kuantan yang tular di tik tok. Sebak dengar kisah adik ni. Aksi lucu adik ni mengundang rasa sebak yang melihatnya di Tik tok. Setiap hari mencari rezeki jadi minion dari 5petang sampai 12 malam. Menghiburkan orang lain disana. Saya pernah pakai maskot sejam je dah rasa macam tak bernafas. Panas lagi. Hebat adik ni. Suka tengok anak muda kuat berusaha cari rezeki#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp#minion

♬ Jadi Kenangan – Syahriyadi

Kongsi Ebit Lew itu membuatkan juga peminat Minion viral tersebut menangis dan rata-ratanya juga bersyukur dengan bantuan motor diberikan itu.

‘Mesti dia terharu sangat-sangat’

MinionIMG_20221123_085325MinionIMG_20221123_085353IMG_20221123_085403

Topik menarik lain dibawah, klik pautan seperti berikut: