Ebit Liew hadiahkan kereta saga buat suami ‘viral’ tolak isteri guna kerusi roda di lampu isyarat

Bulan Ramadan baru sahaja membuka tirai, namun bermacam berita baik yang sudah kita dengar. Isu semalam masih hangat menjadi bual netizen tentang kebaikan Ebit Lew yang menghadiahkan kereta kepada seorang wanita hebat.
Hari ini, Ebit Lew sekali lagi menghadiahkan sebuah kereta Proton Saga kepada seorang lagi individu yang viral kerana menolak isterinya dengan hanya menggunakan kerusi roda di salah satu ‘traffic light’ di Pulau Pinang baru-baru ini.
“Sebak syukur baru selesai hadiahkan Proton Saga BLM buat suami yang viral tolak isteri dengan kerusi roda wheely tayar di traffic light Bagan Dalam Penang. Pasangan suami isteri ni ada kad OKU. Sedih tengok suami isteri ni. Ujian mereka.
“Semalam dari Terengganu terus ke Pulau Pinang. Semalam kereta Perodua Bezza hari ni kereta Proton Saga BLM. Menangis gembira kakak ni. Kenal saya.
“Terkejut dan tak sangka sampai ke sini. Kakak terkejut tak sampai sejam selesai dapat kereta baru. Bayar cash dekat kedai. Owner kedai pun baik je. Berkat Ramadan ke-2.
“Syukur rasa walau buka dijalan. Hari ni sahur dan buka puasa di kedai tepi jalan je. Semoga Allah terima semuanya,” tulis Ebit Lew melalui akaun Facebook miliknya sebentar tadi.



