Ebit Liew bina rumah baru buat keluarga viral naik beca roda tiga

Ebit Liew bina rumah baru buat keluarga viral naik beca roda tiga

Beberapa gambar satu keluarga yang dikongsikan pengarah terkenal, Sabri Yunus di akaun Facebooknya semalam telah mendapat perhatian warganet.

Keluarga naik beca roda tiga buat ramai sebak

Dalam muat naik tersebut, dapat dilihat satu keluarga iaitu terdiri daripada pasangan warga emas serta dua orang anaknya yang sudah dewasa menarik serta menolak sebuah beca yang dinaiki ibu bapa mereka.

Gambar tersebut sudah tentu menyebabkan ramai sebak melihat kondisi mereka yang berjalan di sekitar Tumpat untuk mengutip barangan terbuang bagi dijual demi mendapatkan sesuap nasi.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuklah pendakwah bebas, Ebit Lew apabila segera bergegas ke Kelantan kerana terkesan dengan nasib keluarga berkenaan.

Ebit Lew datang beri bantuan

Susulan daripada itu, Ebit telah bertemu dengan mereka dan bertanyakan latar belakang untuk mengetahui kondisi sebenar mereka sekeluarga.

Difahamkan, pakcik berkenaan memang tidak boleh berjalan dan isterinya mengalami kecederaan di kaki sejak sebulan yang lalu. Manakala, anak lelaki dan perempuan pasangan tersebut dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) lembam.

Ebit Lew binakan rumah baru

Difahamkan, Ebit bercadang untuk memberikan rumah baru kepada keluarga tersebut memandangkan niat hati mereka inginkan rumah sendiri kerana sekarang menumpang di tanah orang.

Disebabkan mereka tidak tahu membawa motosikal, pendakwah tersebut telah menghadiahkan basikal baru kepada mereka bagi memudahkan urusan selepas ini.

Tambahnya, walaupun mereka hidup dalam keadaan kurang berkemampuan, namun masing-masing terlihat gembira dan sentiasa tertawa.

Dalam pada itu, Ebit Lew juga menjelaskan bahawa mereka ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jiran tetangga.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi memberikan bantuan kepada keluarga ini dan tak dilupakan juga buat individu yang menularkan hal berkenaan sehingga pendakwah bebas itu hadir memberikan bantuan.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk melakukan kebaikan kepada orang lain.

Sumber: Facebook Ebit LewSabrii Ibn Yunus