Ebit Lew tenang jawab segala persoalan Caprice dan Nadir Al-Nuri
Ebit Lew yang mendiamkan diri atas sebab-sebab tertentu berkaitan misi bantuan di Gaza baru-baru ini kini tampil memperjelaskan perkara sebenar dan menjawab segala pertuduhan terhadap dirinya oleh beberapa pihak menerusi IG live di Instagram miliknya.
Sebelum ini, Rakyat Malaysia di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir menjelaskan beberapa isu kontroversi membabitkan misi bantuan kemanusiaan pasukan Ebit Lew ke Gaza, Palestin menerusi Channel Telegram miliknya.
Caprice yang sepatutnya membuat IG live untuk membongkarkan apa yang berlaku di Gaza membantalkan niatnya itu selepas Ebit Lew membuat laporan polis.
Apapun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik bagi semua pihak yang terlibat. Semoga orang-orang hebat seperti kalian tetap kuat untuk terus membantu orang-orang yang memerlukan diluar sana.
Kredit: Instagram Ebit Lew