Ebit Lew lawat Abang Long Fadhil bekas gangster di Singapura

Ebit Lew lawat Abang Long Fadhil bekas gangster di Singapura

 

Pendakwah bebas, Ebit Lew kini meneruskan misi dakwahnya di Singapura.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Ebit meluahkan rasa sebak apabila dapat bertemu Abang Long Fadhil bersama sahabat-sahabatnya di sana.

“Ziarah kasih sayang dan berkongsi nasihat dengan mereka semua. Berat-berat ujian hidup mereka. Ramai betul kawan mereka juga minta doa dan nasihat.

“Di sebelah malam, dapat jumpa kawan di jalanan di sana. Ada satu kumpulan, masing-masing sudah banyak kali keluar masuk penjara sebanyak tujuh kali. Ada disebabkan kes gaduh dan lain-lain,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Ebit berkata, beliau terharu diberikan rezeki untuk berjumpa orang yang baik dan rindukan kebaikan ketika sedang diuji Allah.

“Masa berdoa semua menangis bersama-sama. Ya Allah berjuta rahmat kau beri pada mereka berilah sedikit pada diriku, kabulkanlah doa-doa dan hajat mereka yang baik-ebit,” doa Ebit.