Ebit Lew & isteri dipanggil ke Bukit Aman, polis sahkan keterangan sudah direkod

Ebit Lew & isteri dipanggil ke Bukit Aman, polis sahkan keterangan sudah direkod

Pada 20 Ogos lalu, media melaporkan siasatan ke atas pendakwah terkenal, Ebit Lew dilakukan berikutan aduan diterima polis daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

 

Polis panggil Ebit dan isteri

Hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Ebit Lew dan isterinya dipanggil semula untuk dirakam keterangan berhubung kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata percakapan mereka direkod di Bukit Aman, semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Jangan sebar bahan di mana-mana platform

Sekadar gambar hiasan

Dalam pada itu, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan bahan di platform media sosial.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan spekulasi serta provokasi hingga menjejaskan siasatan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan seorang lelaki yang mirip pendakwah tersebut.

Sumber: BH Online, Instagram @ebitlew