“Duit palsu” – Tular not RM50 gambar Agong pertama senyum

“Duit palsu” – Tular not RM50 gambar Agong pertama senyum

 

Zaman sekarang ni ada pelbagai cara untuk membuat duit palsu, kebanyakan adalah dengan menggunakan kertas A4 untuk mencetak kertas.

Di pasar raya senanglah untuk tangkap tak di kedai kecil atau pasar kadangkala tak sempat melihat dengan teliti itu adalah duit palsu atau tidak.

Tular di Facebook, seorang pengguna tampil memberi amaran agar orang lain tidak tertipu akan duit tersebut.

Not RM50 tu jelas menunjukkan gambar Yang Di-Pertuan Agong MaIaysia pertama dalam keadaan tersenyum yang sememangnya berbeza dengan not asal.

“Siapa yang terima wang kertas zaman sekarang perlu lebih berhati-hati terutama not RM50 dan RM100. Ingat! Perlu semak baik-baik.

“Ingat, jangan terambil not yang memaparkan gambar Agong tersenyum. Ia merupakan not palsu,” ujarnya di Facebook.

Gambar tersebut mendapat perhatian netizen yang akan mengambil langkah berjaga-jaga dan meneliti duit sebelum mengambilnya.

“Zaman sekarang ramai suka buat barang klon, termasuk duit untuk untung. Hati-hati semua, not RM50 memang banyak isu, ada yang sengaja ‘print’ guna kertas A4.

“Peniaga macam saya selalu dapat duit palsu dari pembeli, tak tahulah mereka sengaja atau mereka pun tak perasan itu duit palsu,” antara komen netizen.