Dua rentung kemalangan tiga kenderaan, lori dipandu laju ketika jalan sesak

Dua rentung kemalangan tiga kenderaan, lori dipandu laju ketika jalan sesak

Semalam, tular di media sosial seorang lelaki meraung selepas isterinya dipercayai terperangkap di dalam sebuah kereta yang sedang terbakar.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan sebelum simpang  Sedenak, Kulai, Johor.

Menerusi video tular di muat naik seorang individu dikenali Ridzema Naj di Facebook, lelaki berenaan cuba ditenangkan oleh pengguna jalan raya yang lain, namun dia gagal menahan sebak kerana tidak dapat menyelamatkan isterinya.

Difahamkan, kemalangan tersebut membabitkan empat kenderaan dan enam mangsa iaitu dua maut rentung di lokasi kejadian, manakala empat selamat.

Ia dimaklumkan oleh Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor dengan mengatakan mangsa maut ialah penumpang Proton Wira iaitu Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28.

Mohd Fauzi Md Nor berkata, seorang lagi mangsa yang maklumatnya tidak diketahui berada dalam Toyota Vios yang turut terbabit dalam kemalangan itu.

“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.47 malam. Kemalangan membabitkan lori jenis Isuzu yang terbakar 70 peratus, Proton Wira dan Toyota Vios masing-masing 90 peratus, dan Proton Preve.
“Terdapat seorang mangsa di bahagian tempat duduk penumpang kereta Proton Wira yang tersepit dan ditemui rentung manakala pemandu berjaya menyelamatkan diri.

“Seorang lagi mangsa ditemui rentung dalam kereta Toyota Vios. Dua mangsa yang menaiki lori Isuzu dikenali sebagai S.Suresh, 38 dan Mok You Jian, 22, selamat dan tidak mengalami kecederaan.
“Pemandu Proton Preve, Bunayami Yahya, 43 juga selamat,” katanya.

Terbaru, menurut saksi kejadian, Mohd Ridhwan Othman, ketika kejadian, keadaan jalan memang sesak dan secara tiba-tiba datang sebuah lori di bahagian lorong kiri dipandu laju terus melanggar beberapa buah kenderaan.

Disebabkan kejadia itu, lebuh raya berkenaan ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi tujuan operasi pemadaman dan penyelamatan.

Sumber: Facebook Ridzema NajHarian Metro (Omar Othman)