Dua pengasas produk kosmetik ditahan, serang dan belasah wanita 19 tahun

Dua pengasas produk kosmetik ditahan, serang dan belasah wanita 19 tahun

 

 

 

 

 

Polis telah menahan enam individu yang dipercayai menyerang dan memukul seorang peniaga wanita di sebuah premis perniagaan di Jalan Padang Garong, Kota Bharu pagi kelmarin. Dua daripada individu yang ditahan merupakan pengasas produk kosmetik.

2 pengasas produk serang peniaga

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun dan ketika kejadian, dua pengasas produk berkenaan yang berada bersama empat lagi suspek telah menyebabkan kecederaan terhadap mangsa yang berusia 19 tahun. Menurut sumber, dua daripada tiga suspek lelaki merupakan suami kepada pengasas produk terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, keenam-enam suspek datang ke premis perniagaan mangsa dengan menaiki dua buah kereta sebelum bertindak menyerang dan memukul mangsa.

Bapa mangsa yang berada di lokasi kejadian berusaha melindungi anaknya turut diserang serta dimaki hamun oleh sekumpulan suspek berkenaan.

Berdasarkan keterangan saksi dan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak polis setakat ini menangkap tiga lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 45 tahun.

Tambah Mohd Rosdi Daud, suspek wanita telah dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin dan semalam manakala tiga lagi suspek lelaki masih direman sehingga hari ini untuk siasatan lanjut.  Difahamkan, seorang suspek lelaki didapati mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan 323 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangkan kecederaan.

Sumber: Harian Metro