Dua individu cedera tembakan di hospital

Dua individu cedera dalam insiden tembakan di luar bangunan sebuah hospital di Amerika Syarikat pada Khamis, kata polis New Orleans.

Dalam kejadian tersebut, seorang wanita sedang bertengkar dengan seorang lelaki di luar perkarangan Pusat Kesihatan Universiti, sebelum wanita terbabit melepaskan beberapa das tembakan yang terkena seorang wanita dan lelaki lain di dalam bangunan berkenaan.

Menurut Ketua Polis New Orleans, Supt Shaun Ferguson, mangsa lelaki cedera di bahagian bahu manakala mangsa wanita cedera di bahagian paha.

Katanya, kedua-dua mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan kecederaan dialami mereka tidak mengancam nyawa.

Kedua-dua indivdu yang bertengkar itu telah ditahan.

Saksi kejadian, Aubrey Edwards memberitahu portal berita The Times-Picayune/The New Orleans Advocate, dia terdengar seorang jururawat membuat panggilan kecemasan kepada polis sambil menjerit, “Ada orang lepaskan tembakan di sini.”

Edwards, yang mengunjungi pusat tersebut bagi mendapatikan suntikan vaksin COVID-19 bersa – AA