Guna dana sendiri, dua beradik dari Malaysia menang bertanding memanah berkuda di Perancis

Guna dana sendiri, dua beradik dari Malaysia menang bertanding memanah berkuda di Perancis

 

Dua beradik dari Malaysia menang bertanding memanah berkuda dalam pertandingan European Kids Horseback Archery Championship 2024  pada bulan lalu di Perancis.

Apa yang menarik perhatian ramai, dua beradik itu menyertai acara tersebut dengan tajaan sendiri melalui hasil jualan kuih raya termasuk sumbangan daripada keluarga.

Ibu kepada dua beradik, Fathim Ridayu berkata, dia dan dua anaknya, Abdurrahman Ahmad Mu’az serta Heba Nusaybah mennggunakan tajaan sendiri.

“Ya tajaan sendiri, pergi bertiga sahaja dan sayalah ‘manager’ (pengurus), sayalah ‘coach’ (jurulatih) mereka. Datuk dan nenek sumbang sikit, jual kuih raya sikit untuk kumpul dana.

“Perancis kosnya amat-amatlah tinggi, jadi perlu berjimat cermat. Kenapa nak sangat-sangat ke kejohanan di Eropah ini walaupun mahal? Sebab juara-juara dunia dalam sukan memanah berkuda kebanyakannya dari Perancis dan nak belajar dalam masa sama,” katanya.

Berkongsi di TikTok, Fathim Ridayu berkata, dia dan dua anaknya memilih untuk menaiki pengangkutan awam sebaik sahaja tiba di lapangan terbang negara berenaan kerana mahu berjimat.

“Dari lapangan terbang Paris ke bandar Limoges naik bas lima jam. Dari Limoges ke bandar Bellac naik kereta api lagi sejam.

“Angkutlah beg semua tiga beranak. Lokasi pertandingan jauh dari bandar Paris. Jaraknya macam Kuala Lumpur dengan Perlis. Makan pun bawa ‘ready-to-eat food’ dari Malaysia. Punya nak berjimat,” ujarnya.

Katanya lagi, mereka dikenakan bayaran €40 sehari untuk seorang bersamaan RM200 oleh pihak urusetia, namun memilih untuk berjimat.

Mereka bagaimanapun menyifatkan ia adalah pengalaman bermakna.

Untuk info, Abdurrahman Ahmad Mu’az diumumkan juara bagi kategori bawah 14, manakala adiknya, Heba Nusaybah pula naib juara untuk kategori bawah 12 pada pertandingan European Kids Horseback Archery Championship 2024 yang berlangsung di Gauchoux, Perancis pada 21 hingga 23 Ogos lalu.

@fathimridayu

Alhamdulillah.. Abdurrahman juara keseluruhan U14 daripada 3 format yang dipertandingkan; FFE Raid233, FFE Tower60 & Hunt Track. 16 buah negara (Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turki, Amerika Syarikat, Ireland dan Malaysia) dengan lebih 110 pesaing. Wakil Malaysia: Abdurrahman (U14) – Juara Heba Nusaybah (U12) – Naib Juara #equestrianarchery #memanahberkuda #horsebackarchery #arbaequestrianarchery

♬ suara asli – Asyifa tri hendrianda – user57835527164

Pertandingan itu disertai lebih 110 pesaing dari 16 negara antaranya Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turkiye, Amerika Syarikat dan Ireland.