DSV buat trend cedok-cedok tapi patuh syariah “tiada istilah haram”
Sejak kebelakangan trend penjualan secara ‘cedok’ tiba-tiba menjadi ikutan golongan peniaga yang mempromosikan barangan secara langsung di aplikasi TikTok.
Difahamkan kaedah tersebut memperlihatkan peniaga akan mencampurkan pelbagai jenis barang dan digaulkan sebelum ‘mencedok’ secara rawak dengan menetapkan harga tertentu.
Antara salah seorang usahawan yang terlibat dalam trend tersebut termasuklah usahawan kontroversi Datuk Seri Vida di mana dia seringkali berkongsi aktiviti ‘mencedok’ barangan kosmetik dan kecantikan keluarannya kepada pelanggan dengan harga tertentu.
Bukan itu sahaja, malah dia juga menyediakan cabutan bertuah bagi mereka yang mengikuti sesi ‘Cedok-cedok bersama DSV’.
@datoserividaofficial Guys jom join live Cedok-cedok DSV di Intagram, TikTok, dan Facebook. Murah je guys RM79 untuk satu cedok. RM158.00 untuk 2 cedok. Semua produk ada guys.Tapi apa yang paling best ada LUCKY DRAW ye. Macam-macam benda korang boleh dapat. So apa lagi guys jom join live DSV.
Terbaharu, pengasas Vida Beauty itu tampil menjawab isu berkaitan ‘cedok’ barangan jualan menerusi temubual oleh wartawan mStar.
Menurut pemilik nama Hasmiza Othman isu cedok yang dibangkitkan itu pada dirinya adalah tidak haram kerana ia bergantung pada niat seseorang peniaga itu dalam mempromosikan dan menjual produk mereka.
“Buat sajalah tapi pada saya niat dan akad. Apa yang saya bagi itu mesti mendapat persetujuan daripada mereka dan saya sentiasa bagi lebih. Jadi, tiada istilah haramnya pada saya.
“Saya ‘cedok’ mematuhi syariah,”jelasnya.
Jelasnya lagi, tiada timbulnya isu haram atau gharar seperti yang diperkatakan ramai baru-baru ini sekiranya pelanggan mendapat keuntungan dan bukannya kerugian.
“Pada pandangan sayalah, jika pelanggan itu membeli dan tidak akan merugikan diri dia sendiri melainkan untung saja sebab saya bagi kepadanya nilai barang lebih daripada apa yang dia bayarkan.
“Dan, lebih barang itu daripada kita promo kepada mereka. Dan, jika mereka melihat saya promosikan barang di platform lain ia adalah tidak sama. Cara ‘cedok’ ini ibarat giveaway daripada saya kepada mereka.”jelasnya lagi.
Dikesempatan itu, usahawan berusia 51 tahun ini sempat berseloroh dengan mengatakan dia merupakan CEO kepada segala ‘cedok-menyedok’.
Selain itu, usahawan kelahiran Kelantan ini sempat meluahkan kekecewaannya apabila kedai perniagaan anaknya, Cik B yang sering dikunjungi pelanggan bertukar ‘sendu’ dengan mendakwa akibat perbuatan sihir.
Vida berkata, kejadian itu berlaku selepas tamatnya PKP beberapa bulan lalu selepas terdapat beberapa pengikutnya bertanya akan kedai Cik B yang dikatakan sudah lama tidak beroperasi.
Terdahulu, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memberi teguran berhubung cara ‘cedok’ itu yang disifatkan perlu menjaga halal dan haram dalam perniagaan kerana ia mempunyai unsur-unsur gharar (keraguan).
Sumber: Facebook mStar