Drama Aeril Zafrel & Wawa Zainal bikin warganet terhibur

Pasangan sama cantik, sama padan ini dilihat bual hal lagi menerusi perkongsian Aeril Zafrel diruangan Instagram peribadinya sehinggakan posting terbaharu yang dilakukan itu mendapat ribuan tanda suka dalam masa yang sekejap sahaja.

Buat pengguna TikTok, pastinya pernah melihat drama cinta segi yang dihasilkan oleh beberapa pengguna aplikasi terbabit dengan diselitkan kreativiti masing-masing dan ternyata ia juga menarik minat ‘president’ TikTok itu untuk turut sama melakukan drama tersebut.

Melalui video, Aeril Zafrel mengundang gelak tawa warga maya apabila isterinya juga terjebak dengan drama cinta segi yang dihasilkan. Lihat sahajalah gelagat Aeril bersama Wawa Zainal dalam video ini, buat hal betul!

Pada video babak awal, Wawa Zainal dibantu Aeril Zafrel dan telah pergi kepada lelaki lain namun pengakhiran gelagat sweet pasangan sama cantik, sama padan itu mengundang orang ramai sangat terhibur.

Screenshot_232

Sehingga selain video TikTok tersebut ditonton ribuan kali menerusi perkongsian semula Aeril Zafrel diruangan Instagram, melalui ruangan komen pula tidak disangka-sangka hampir 5 ribu reaksi ditinggalkan akibat rata-ratanya geram menyaksikan telatah lucu dia bersama Wawa Zainal lagi.