Doktor dedahkan tentang susu full cream dan low fat, “Selama ni aku kena tipu…”
Pada hari ini terdapat pelbagai produk susu berperisa di pasaran yang membuatkan kita terliur. Mungkin ada yang beranggapan bahawa produk susu adalah sihat kerana mempunyai kalsium, namun sesetengah jenis susu mempunyai kandungan lemak dan gula yang mungkin bertentangan dengan diet sesetengah orang.
Biasanya apabila membeli susu untuk diminum sama ada begitu sahaja atau ditambah dengan minuman lain seperti kopi dan Milo, kita akan membeli susu rendah lemak dengan tanggapan bahawa susu rendah lemak lebih sihat dari susu penuh lemak.
Namun seorang doktor dari TikTok ini menjelaskan bahawa sebenarnya susu rendah lemak tidak begitu banyak beza dengan susu penuh lemak, dan mungkin bukan pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula dalam diet.
Jaz! cemana tentang ni low fat dan full cream kandungan gula yg hampir sama, aku tak pernah check weh! 🤣 sbb kalau beli mmg terus amek lowfat je 😅 jumpa vid ni pagi tadi kt tiktok pic.twitter.com/c9mZcPHaRz
— IG : @SYEDOT.ASMR | SEDOT (@syedotASMR) July 11, 2021
Menurut Dr Gafoor Mubarak, susu rendah lemak atau low fat biasanya diproses dengan lemak susu dikurangkan dari 4% menjadi 1.5-2%. Proses ini juga menyebabkan rasa susu kurang sedap, jadi syarikat susu akan memasukkan gula ke dalam susu untuk menyedapkan rasanya.
Bagi susu full cream pula, syarikat akan menggunakan susu segar yang ditambahkan dengan serbuk susu untuk menjadikan susu lebih berkrim. Kandung gula dalam kedua-dua jenis susu itu juga hampir sama iaitu 2-3 sudu kecil setiap hidangan.
Jadi jika dibandingkan semua jenis susu yang ada, susu yang paling sihat adalah susu segar atau fresh milk kerana dipasarkan terus dari sumber dan mengandungi paling kurang gula.
“lihat di belakang nutrition ingredient tu…”
Betul. Sebab bila low fat, marketing trick company akan letak banyak sikit gula so palatable or rasa sedap sbb dh takda lemak. Tips saya, lihat di belakang nutrition ingredient tu. Kalau carbs per serving dah lebih 15g, lupakan sajooo. Or else, tukar skimmed milk terus. https://t.co/rjhStnoKQW
— Jazz™ (@JazeeraJulaili) July 11, 2021
“So selama ni aku kena tipu ah…”
So selama ni aku kena tipu ah 🥺 https://t.co/GKpgq39pGJ
— Afiq (@notafiqmuhd) July 12, 2021
Kongajo betul aku kena tipu ke selama ni 😂 https://t.co/Sx4lq5RMT9
— K (@_anisa95) July 12, 2021
“sia sia je minum low fat…”
siot sia sia je minum low fat punya 🤡 https://t.co/2r7CedsQOj
— puteri 🏴 #Lawan (@pbjelaa) July 12, 2021