“Doakan yang baik-baik”, Zizan Razak umum tarik diri dari Forex

“Doakan yang baik-baik”, Zizan Razak umum tarik diri dari Forex

Pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.

Pengumuman itu dimaklumkan oleh Zizan sendiri menerusi akan Facebook miliknya.

Walau bagaimanapun, pelakon dan pelawak terkenal itu tidak berkongsikan dengan lebih lanjut sebab mengapa dia meninggalkan dunia pelaburan itu.

Tambahnya, dia memohon untuk doakan yang baik-baik untuknya dan semoga Allah memberkati kita semua.

“Assalamualaikum semua. Hari ni Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.

“Doakan yang baik-baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama InshAllah” tulisnya di Facebook.

Pengumuman itu bukanlah hanya ditulis di laman Facebook Zizan semata-mata, malah di Instagram dan Twitter turut mempunyai pengumuman yang sama.