Dituduh ‘scammer’ gara-gara cendawan laku keras, Alif Satar anggap ujian berniaga
Penyanyi dan juga pelakon yang kini bergelar usahawan cendawan, Alif Satar meluahkan rasa syukur kerana perusahaannya kini semakin berkembang maju meskipun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.
Cerita Alif, dia pernah dituduh terlibat dalam sindiket penipuan perniagaan sehingga ada yang tarik diri daripada bekerjasama dengan dirinya.
Dia yang meminta ‘grower’ menyediakan cendawan dalam kuantiti yang terlalu tinggi menyebabkan pihak yang lagi satu menganggap Alif terlibat dalam sindiket penipuan.
Beberapa grower tarik diri sebab diorang termakan tuduhan tu menyebabkan stok kami terputus. Tapi Alif percaya, setiap ujian tu ada hikmahnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan selebriti tampil memberikan kata-kata semangat serta ucapan tahniah kepada penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku ini kerana tidak pernah berputus asa dalam berniaga.
Alhamdulillah rezeki Alif Satar..
SUMBER : Instagram Alif Satar