Dituduh curang, wanita didera suami 8 jam, badan dicucuh rokok, rambut dipotong sampai botak

Dituduh curang, wanita didera suami 8 jam, badan dicucuh rokok, rambut dipotong sampai botak

Bagai mimpi ngeri buat seorang wanita dikenali sebagai Reni yang berusia 44 tahun, apabila mendapat suami yang panas baran dan sering kali memukulnya.

Difahamkan, lelaki ‘durjana’ ini bertindak sedemikian rupa atas alasan cemburu walaupun isterinya sudah berkali-kali menjelaskan dia sama sekali tidak berbuat demikian dan kisah keganasan rumah tangga ini terjadi di Indonesia.

 

Tak tahan sering dipukul suami

Foto: Tribun News

Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, mangsa yang tidak tahan lagi akibat sering kali diperlakukan seperti ‘binatang’ tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa. Apa yang lebih mengejutkan, apabila si suami bertindak menderanya selama lapan jam dan mangsa ketika itu mengalami lebam di bahagian muka, rambutnya dipotong dan pipinya turut terbakar akibat rokok si suami.

Ujar mangsa lagi, sepanjang pernikahan dia sama sekali tidak terlepas daripada disiksa oleh suami yang disayangi selama ini. Difahamkan, mangsa dan suaminya dikenali sebagai Sahrudin telah mendirikan rumah tangga selama enam tahun.

Tuduh ada lelaki lain

Sekadar gambar hiasan

Tidak berakhir di situ, mangsa juga turut didera menggunakan cobek (lesung batu) berikutan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Pada masa yang sama, mangsa juga tidak faham akan pertuduhan suaminya itu yang disifatkan sebagai melampau.

Saya dicucuh dengan rokok, rambut saya dicukur, hingga saya terkencing. Katanya dia cemburu tapi cemburu sama siapa, aku tidak tahu.

Apa yang lebih kejam, apabila si suami memasukkan benda asing ke dalam alat kemaluannya sebelum menyiram minyak tanah ke atas badannya itu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengaku walaupun dia sama sekali tidak berbuat demikian

Sakit hati saya, sakit apabila diperlakukan macam ini.

Walau bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri selepas mangsa cuba mendapatkan bantuan daripada jiran tetangga. Kini, mangsa sedang mendapatkan rawatan di rumah sakit jiwa susulan mengalami trauma berikutan insiden itu.

Sumber: Tribun News

COMMENTS