Ditinggalkan ‘terkunci’ bersama adik di rumah, kanak-kanak 6 tahun maut dalam kebakaran

Ditinggalkan ‘terkunci’ bersama adik di rumah, kanak-kanak 6 tahun maut dalam kebakaran

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah dihantar ke hospital susulan terlibat dalam kebakaran di kondominium di Jalan Dr Wu Lien Teh sebentar tadi.

Difahamkan, ketika kejadian ibu kepada mangsa sempat membuat panggilan video, sebelum menyedari kepulan asap menerusi panggilan itu dan bertindak segera pulang ke rumah.

 

Diketahui melalui panggilan video

Foto: Harian Metro

Lapor Harian Metro, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.05 pagi tadi dan mangsa dan adiknya ketika itu dipercayai ditinggalkan di rumah dalam keadaan pintu yang terkunci berikutan ibunya yang mahu ke kedai bersama seorang lagi anak.

Ibu kanak-kanak terbabit tiba di rumah 10 minit kemudian dan berjaya menyelamatkan mangsa yang ketika itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terhidu asap.

Mangsa meninggal dunia selepas dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menerima rawatan.

Bagaimanapun, adiknya yang berusia empat tahun berjaya diselamatkan.

Anggota bomba memberi bantuan pernafasan dan rawatan awal sebelum kedua-dua mangsa dibawa ke HPP.

Sumber: Harian Metro