Ditinggalkan kekasih lepas hamil, gadis minta ‘Ex’ jadi pak sanggup
Padah terlalu mengikut hawa nafsu, seorang gadis hamil selepas terlanjur dengan teman lelaki. Apa yang menyedihkan apabila perhubungan diputuskan kerana teman lelaki tidak mahu bertanggungjawab.
Menceritakan pengalaman di Tiktok, lelaki yang dikenali sebagai Ajoo berkongsi screenshot perbualan yang dihantar si gadis memintanya menjadi pak sanggup. Difahamkan, gadis tersebut adalah bekas teman wanitanya. Dah hamil minta get back?
Demi menutup malu, bekas kekasihnya sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia mahu menjadi pak sanggup. Walau bagaimanapun, dia segera menolak kerana tidak mahu mencampuri urusan orang lain.
@a_j_o112 Cowo lu yg ngehamilin lu masa gw yg lu suruh nikahin lu🤣😂 #YourFaceChampion #ManisPedesNgegigit #Baren9anRaisa #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg
Di ruangan komen, rata-rata mengecam tindakan gadis berkenaan yang tidak malu meminta orang lain menutup aib diri sendiri.