Ditegur gara-gara muat naik isu politik, cara Syahmi Sazli jawab tuduhan netizen dipuji ramai

Ditegur gara-gara muat naik isu politik, cara Syahmi Sazli jawab tuduhan netizen dipuji ramai

Pengarah dan pelakon, Syahmi Sazli menjadi bualan ramai selepas memuat naik video ucapan daripada ahli politik Datuk Seri Anwar Ibrahim di akaun Tik Tok miliknya. Video ucapan yang dikongsikan itu memaparkan gambar pelakon Farid Kamil yang membawakan watak figura politik itu di dalam sebuah filem yang akan ditayangkan kelak.

Namun Syahmi tidak menunjukkan sokongannya kepada ahli politik tersebut sebaliknya hanya berminat dengan ucapan yang diberikan olehnya. Sebaik sahaja video itu dimuat naik, pelbagai reaksi yang diberikan di ruangan komen di mana ada yang mengutuk tindakan Syahmi yang dilihat menyebelahi parti politik itu.

 

@syahmi_sazli

Harap jelas..

♬ original sound – Syahmi Sazli – Syahmi Sazli

Jelas Syahmi, dia hanya tertarik dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang meminta rakyat menolak pemimpin yang menyalahgunakan kuasa. Namun menurutnya, ada yang menuduh dia telah ‘dibeli’ oleh parti politik tersebut tetapi dia menepis dakwaan yang dikatakan itu.

@syahmi_sazli

Mi masih lgi tkthu nk pilih yg mana.. tapi cukup tertarik dgn ucapan dlm video ini🔥

♬ original sound – Syahmi Sazli – Syahmi Sazli

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Syahmi ini yang dilihat sangat matang dalam memberikan pendapat. Malah netizen turut sama kagum melihat reaksi yang diberikan oleh Syahmi ini dalam menjawab tuduhan yang diberikan oleh netizen.

“Syahmi ni cakap berisi, bijak. Padu bro.”

syahmi

“Terbaik Syahmi. Kata-kata yang cerdas dan matang…”

politik

“Ayat dia tu kemas.”

komen

“Aku sokong hang syahmi sazli 300% rezeki bukan milik ahli politik.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

 

SUMBERTIK TOK