Ditawarkan £480K seminggu, kepulangan Ronaldo ke MU selepas 12 tahun buat saham mencanak naik

Ditawarkan £480K seminggu, kepulangan Ronaldo ke MU selepas 12 tahun buat saham mencanak naik

Selepas 12 tahun meninggalkan kelab The Red Devils, legenda Christiano Ronaldo diumumkan akan kembali ke Manchester United semula.

Berita gembira buat peminat kelab ini disahkan melalui akaun Twitter rasminya semalam.

“Welcome home”

Dengan rekod permainan yang cemerlang, kepulangan Ronaldo bagaikan satu tuah buat Manchester United.

Tidak sampai satu jam pengumuman kepulangannya dibuat, saham kelab itu naik mendadak sebanyak 8% selepas Ronaldo disahkan kembali ke kelab itu.

“Saham di Manchester United melonjak naik kepada 8% selepas ia mengesahkan berita sensasi untuk kembali menandatangani Ronaldo”

Ketika masih berada di kelab Juventus, saham Manchester United telah pun naik sebanyak 5% apabila khabar angin itu mula dilaporkan.

Ditawarkan €23 Juta untuk kontrak dua tahun

Ronaldo telah ditawarkan kontrak selama dua tahun oleh kelab itu dengan bayaran €15 Juta (RM74 Juta) sebagai permulaan.

Tidak cukup dengan itu, Ronaldo turut diberi bayaran tambahan sebanyak €8 Juta (RM39.58 Juta).

Pemain tersebut kini berada Lisbon untuk menjalani pemeriksaan kesihatan

Sumber: Twitter @TelegraphInvest, @ManUtd,