Diserang ‘panic attack’ punca Maya Karin menggeletar di pentas FFM32, Faizal Hussein gentleman bantu tahan risau rebah

Diserang ‘panic attack’ punca Maya Karin menggeletar di pentas FFM32, Faizal Hussein gentleman bantu tahan risau rebah

 

Di sebalik kehidupan glamor seorang anak seni, siapa sangka pelakon jelita Maya Karin sebenarnya menghidap sejenis gangguan keresahan atau lebih mudah disebut anxiety sejak beberapa tahun lalu.

Terbaru, Maya Karin kena serangan panik ketika menyampaikan anugerah bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang disiarkan secara langsung di TV2 Jumaat lalu.

Dapat dilihat tangan pelakon itu menggigil dan dia terpaksa melakukan teknik grounding iaitu membuka kasut untuk meredakan situasi.

https://www.tiktok.com/@zalsmax/video/7172833798005083418?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7067056276559365634

Pasangan penyampai anugerah, Faizal Hussein yang berada di sebelah turut bantu Maya Karin berasa selesa supaya dia tak pitam.

Selepas tu, Faizal Hussein secara gentleman kutip kasut Maya Karin yang tertinggal di atas pentas dan membawanya ke belakang.

 

Biarpun menggigil dan berkaki ayam, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam berjaya menghabiskan tugasannya dengan baik pada malam itu.

Kredit: Instagram Maya Karin | TikTok