Disebabkan pandai masak, belajar Overseas,Gadis mahu hantaran RM140ribu

Disebabkan pandai masak, belajar Overseas,Gadis mahu hantaran RM140ribu

Setiap orang pastinya mempunyai pandangan sendiri mengenai wang hantaran dan belanja perkahwinan yang akan dibelanjakan pada hari istimewa nanti.

Isu tersebut sering kali menjadi perdebatan diantara pasangan masing-masing ketika mahu mendirikan rumah tangga.

Jumlah hantaran turut bergantung kepada budi bicara kedua pihak

Bahkan, terdapat beberapa mekanisme yang diguna pakai bagi menentukan jumlah hantaran yang perlu dijelaskan oleh pihak rombongan bakal pengantin lelaki kepada bakal isterinya.

Walaubagaimanapun, nilai tersebut boleh berubah bergantung kepada budi bicara kedua-dua pihak.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, video mengenai wang hantaran itu telah berjaya mencuri perhatian ramai.

Wang hantaran sebanyak 500 juta rupiah (RM141,000)

Seorang gadis berasal dari negara jiran iaitu Indonesia, dikenali sebagai Aufa menceritakan harga hantaran yang perlu dijelaskan oleh bakal suaminya.

Difahamkan, gadis ini meminta wang hantaran sebanyak 500 juta rupiah (kira-kira RM141 ribu).

Gadis tersebut memberikan sebab meminta harga sedemikian

Apa yang lebih menarik perhatian, dia turut memberikan sebab-sebab mengapa meminta harga sedemikian rupa menerusi video yang dimuat naik itu.

Dalam video tersebut gadis ini berkongsi antara pencapaian-pencapaian yang berjaya dimenangi olehnya.

Tamat pengajian luar negara dan dijemput sebagai penceramah

Apa yang lebih membanggakan apabila dia juga telah berjaya menamatkan pelajaran di luar negara kurang daripada tempoh tiga tahun dan berjaya dijemput sebagai penceramah.

Malah, ia tidak berakhir di situ, walaupun sibuk menerima pelbagai undangan untuk memberikan motivasi gadis ini juga aktif melakukan perniagaan makanan yang dihasilkan sendiri olehnya.

Dia pandai memasak pelbagai menu tradisional dan masakan barat

Bila menyebut soal hal rumah tangga, gadis ini menjelaskan dia pandai untuk memasak apa sahaja menu.

Baik dari segi makanan tradisional Indonesia mahupun masakan barat yang sering menjadi pilihan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengutarakan pendapat masing-masing mengenai isu berkenaan.