Disangka penyamar, peserta ini rupanya penyanyi, berjaya duet dengan Ernie Zakri

Disangka penyamar, peserta ini rupanya penyanyi, berjaya duet dengan Ernie Zakri

Minggu ini menyaksikan Ernie Zakri sebagai artis jemputan dalam I Can See Your Voice Malaysia. Sebuah rancangan muzik misteri, Ernie Zakri perlu bijak menilai siapakah peserta yang menyamar atau pun penyanyi sebenar.

Sudah tentunya Ernie Zakri menerima bantuan barisan penyiasat tetap dan undangan seperti Syamel, Jihan Muse, Alif Satar dan lain-lain. Bagaimanapun nampaknya malam tadi peserta awal yang terpilih untuk disingkirkan semuanya adalah penyanyi!

 

Namun dalam kesemua peserta hanya seorang sahaja penyamar. Malah peserta terakhir yang Ernie pilih untuk berduet dengannya di akhir rancangan disangka penyamar kerana baru seorang sahaja peserta yang tidak boleh menyanyi.

Bagaimanapun nasib berpihak pada penyanyi bersuara merdu ini apabila peserta tersebut adalah penyanyi. Berikut adalah persembahan peserta yang disangka penyamar pada awalnya ini:

 

Sungguh tak sangka, sedap juga suara nyanyian peserta tersebut. Ini pula beberapa peserta penyanyi sebenar yang disingkirkan oleh Ernie pada awal rancangan muzik misteri ini:

 

Berikut adalah reaksi ramai selepas mendengarkan suara peserta lelaki ini berjaya duet dengan Ernie Zakri yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Dah mula aku naik cuak tadi. Sebab 4 dah penyanyi yang Kak Ernie singkirkan”

Disangka penyamar 3

“Power gilaaa suaraaa dia. Ingat penyamar tadi sebab semua penyanyi dah tersingkir. Nasib lah ada lagi sorang”

Disangka penyamar 2

“Gila ah episod ni letak semua penyanyi sedap”

Disangka penyamar 1