Disahkan positif Covid-19, 3 pelakon & penolong pengarah ‘drama kiblat yang hilang’

Disahkan positif Covid-19, 3 pelakon & penolong pengarah ‘drama kiblat yang hilang’

Nazlinda Yusof penolong pengarah drama Kibat Yang Hilang termasuk tiga pelakon lain Laila Nasir, Sweet Qismina dan Farisha Irwayu disahkan positif Covid-19 selepas melakukan penggambaran di Hulu Langat, Selangor.

Saya sakit kepala, letih dan lemah seluruh badan serta batuk yang tak berhenti. Sejak masuk hospital petang semalam pula asyik muntah-muntah. Makan pun tak berselera. – Kata Laila yang dihubungi Harian Metro.

Sebelum ini media melaporkan tentang berita Sweet Qismina yang positif dan dia yang tinggal serumah bersama Farisha semasa penggambaran terpaksa akur dengan ujian ini dan mengikuti SOP yang ditetapkan.

Tak tahulah bagaimana ia boleh terjadi. Apabila Farisha masuk ke set penggambaran, esoknya dia beritahu dia demam.

Bagaimanapun, dia tidak melakukan ujian swab, tetapi hanya melakukan selepas seminggu dan disahkan positif. – Kata Sweet.

Sweet kini berada di pusat kuarantin di Taiping dan Farisha pula kini dikuarantin di MAEPS Serdang. Suaminya, Tuan Asmawi Tuan Umar turut disahkan positif.

Kredit: Harian Metro