Disahkan mati akibat Covid-19 , tiba-tiba balik semula ke rumah

Disahkan mati akibat Covid-19 , tiba-tiba balik semula ke rumah

Situasi pandemik di India sebelum ini dilaporkan dalam keadaan yang tidak terkawal gara-gara kes yang semakin meningkat. Baru-baru ini pula, kejadian mendebarkan berlaku apabila pesakit Covid-19 yang dipercayai telah meninggal dunia kembali semula ke rumahnya.

Wanita itu ditemui pulang semula ke rumahnya kira-kira dua minggu selepas upacara pembakaran mayat dilakukan. Keluarga wanita yang dikenali sebagai Muktyala Girijamma itu diberitahu bahawa wanita itu sudah meninggal dunia pada 15 Mei lalu.

mayat
Kredit

Memandangkan prosedur pengurusan mayat yang ketat, ahli keluarga hanya dapat menyaksikan upacara pengebumian itu secara jarak jauh. Segalanya juga diuruskan oleh kakitangan hospital di mana tiada ahli keluarga yang dibenarkan menghampiri mayat itu.

Sebelum itu, anak saudara wanita itu yang melawatnya di hospital diberitahu bahawa wanita itu telahpun meninggal dunia. Tetapi yang sebenarnya, doktor tersebut terlupa memberitahu bahawa Muktyala telah dipindahkan ke wad yang lain.

covid-19
Kredit

Lelaki itu kemudian ke bilik mayat untuk mencari mayat Muktyala tetapi pihak hospital telah memberikan mayat orang lain kepadanya. Oleh kerana tiada proses pengecaman mayat yang boleh dilakukan dan mayat tersebut telah pun dibungkus, mereka akhirnya membawa saja mayat itu pulang untuk dikebumikan.

Muktyala kemudian pulang ke rumahnya dengan berjalan kaki selepas dua minggu upacara pengebumian itu dilakukan. Buat masa ini, keluarganya tidak dapat memastikan identiti sebenar mayat yang telah dikebumikan mereka sebelum ini.