Dipercayai cuba buka pintu pesawat, wanita ini terpaksa ’diikat’ pada ‘seat’ pesawat guna ‘duct tape’

Dipercayai cuba buka pintu pesawat, wanita ini terpaksa ’diikat’ pada ‘seat’ pesawat guna ‘duct tape’

Dipercayai terkena serangan episod gangguan mental, seorang penumpang wanita ketika penerbangan telah diikat pada tempat duduknya, lapor Daily Mail.

Menurut portal itu, kejadian tersebut telah dirakam oleh seorang penumpang lain yang menaiki penerbangan dari Dallas ke Charlotte pada 6 Julai lalu.

Wanita tersebut diikat selepas dipercayai cuba untuk membuka pintu masuk hadapan selain menyerang kru penerbangan secara fizikal yang mengakibatkan kecederaan ringan. Malah, mulutnya juga ditampal dengan pita dipercayai selepas menggigit seorang kru penerbangan.

Gambar: Daily Mail

Kongsi pengguna TikTok, Arieana Mathena, kru penerbangan dilihat tergesa-gesa berlari di dalam pesawat untuk memastikan keadaan selamat.

Juruterbang kemudiannya membuat pengumuman meminta para penumpang agar duduk di kerusi masing-masing, katanya.

 

Tambah portal itu, sebaik sahaja penerbangan sekitar dua ke tiga jam itu mendarat, para penumpang lain dibenarkan turun terlebih dahulu manakala wanita tersebut masih diikat pada kerusinya.

Sementara itu, kumpulan paramedik juga dilaporkan bersedia dengan pengusung sebelum membawa wanita berkenaan ke hospital bagi penilaian mental.

Lapor Daily Mail, wanita berkenaan kini telah disenaraihitam untuk menaiki penerbangan syarikat itu.

Sumber: Daily Mail